Vikingdom filem termahal KRU (VIDEO)
![]() |
| Barisan para pelakon yang mantap.. |
HARI ini akan berlangsungnya satu lagi sidang media bersejarah daripada KRU Studios bagi filem terhebat mereka yang diberi judul Vikingdom - Live by the Sword. Filem bercorak aksi pengembaraan itu diarahkan Yusry Abdul Halim yang juga pengarah filem epik Hikayat Merong Mahawangsa.
Rakan SS beritahu tahu semalam, sidang media yang akan berlangsung di Marriot Putrajaya itu akan melakar satu lagi sejarah baru kerana Vikingdom bukan karya calang-calang.
Ia khabarnya filem termahal yang pernah diterbitkan produser Malaysia yang menelan kos puluhan juta ringgit. Wah cukup hebat tu!
Memang SS tahu selera KRU selalunya besar kerana mereka sangat inovatif dan suka mengejar impian bersama teknologi canggih dalam bidang muzik dan filem.
Rakan SS diberitahu lagi, Vikingdom akan menampilkan beberapa bintang Hollywood yang kacak, cantik, seksi dan berbadan gagah seperti aktor Dominic Purcell yang pernah membintangi Prison Break, Natassia Malthe (Dead or Alive), Jon Foo (Tekken), Craig Fairbrass (Cliffhanger) & Conan Stevens (Game of Thrones).
Kalau rasa nak tengok muka mereka selepas ini boleh masuk ke Internet atau lebih tepat lagi cari dalam Google Images.
Namun, jangan pula terkedu kalau melihat wajah serta gaya yang cukup menggiurkan daripada Natassia Malthe yang cukup jelita dan seksi itu. Pandai sungguh KRU melamar pelakon Hollywood itu untuk berlakon dalam Vikingdom!

No comments:
Post a Comment